Thursday 12 February 2015



BIAR KU PUJUK SENDIRI DIRI

Ku pujuk hati ku pujuk jiwa
Jangan menangis sayang
Usah merintih lagi
Lepaskan lah genggaman ini

Ku pujuk rasa ku pujuk bicara
senyumlah sayang
biarlah pahit mencairkan luka
tabahlah tadahlah

Ku pujuk kaki ku pujuk langkah
Pergilah sayang
biarlah tiada upaya
usah berdiri merayu
kerana disini bukan tempat kita lagi

Ku pujuk sepi
ku pujuk rindu
bersatulah sayang
biarpun tiada bayu menderu
terus tetap bernadi
meskipun dalam lagu



No comments:

Post a Comment