Saturday 31 January 2015




SELAMANYA CINTA




BERSULAM BAYU


HANYA AKU

BILA HATI BERLALU




DI PENGHUJUNG NAFAS INI



RINDU YANG TIADA MAKNA


SENJA INI SUARA AKU

BIARKAN AKU SENDIRIAN

Ku sendiri membawa rasa
hilang segala tawa riang dalam detik waktu
ku lihat bulan tiada indah sinarnya lagi
ku ingin seperti dahulu

tapi untuk apa itu semua
semua jadi debu yang berterbangan
musnah disebalik mimpi
tanpa siapa mengerti lagi

biarlah aku disini
mencari damai sendirian
rajuk hiba terbuang pedih pilu
menangis tanpa rasa
sendiri tanpa sesiapa menyapa lagi

izinkan ku menyapa syair disini
biar resah kesunyian menyepi hati
inginku semadikan bersama jiwaku yang hilang
jua hatiku yang kian mati
biarlah aku disini
mengukir kata untuk ku ubati hati yang terluka



BICARA ALAM

Angin,
Rinduku padamu semakin menderu
tiada bahu untuk ku sandarkan
menahan olak resah dalam rindu ini

Bulan,
utuskan sinarmu dibirai hatinya
bersama sekeping hatiku yang kerinduan
agar redup matanya bersinar kembali
dalam belaian bayu pagi

Ombak,
jangan kau gundah hatinya
dengan risik khabar derita
bisikkanlah di telinganya tentang cinta
dariku yang hilang kata kata untuk berkata

Suria nan indah,
sampaikanlah salam rinduku padanya
biarpun aku disini tanpa belaian
namun dia tetap ku nanti selamanya







RINDU

Rindu...
menyapa garisan masamu
dalam rentasan yang berpintal
merempuh ranting ranting sepi
dalam gugusan dedaun yang terlerai sayu

Rindu...
apakah kau masih menyayangi ku lagi
setelah segalanya rebah di birai hati
terdampar resah mencengkam dada
selalu menanti agar segalanya masih terbuka
untuk ku menatap kenangan dalam sanubari

Rindu...
apakah kau masih menerima kasihku lagi
setelah segalanya punah di lewati sepi
sedangkan titisan tangis masih meniti
antara kita di lingkungan rasa mati
untuk mencari ketandusan ini

Rindu ...
mengapakah kita terpisah diri
membeban ingatan yang ternadi
sedangkan terasnya di sini masih berdiri




RINDU & AIRMATA

Dihati ini
damainya kian lusuh
tiap bisikan sekadar mengagah angin sepi
raungan yang merantai jiwa
sembilu dalam duri

Apalagi yang ada
secebis rindu nan merah
pahit menghiris mendenyut resah
lalu
rindu ini ku cincang dengan airmata
hening bersama kesunyian yang kian kelabu


KELUHAN JIWAKU

Segalanya sudah berakhir
tiada perlu aku ungkit lagi
sekadar membuka tirai
yang tiada apa apa lagi

segalanya sudah pergi
membakar resah membara hati
merunduk sanubari di tepi bicara
hingga tiada lagi makna seorang aku

segalanya sudah terlewat
buatku yang terbiar sepi

dia tetapkan pergi bersama dirinya
tinggal aku meratap tangis

mengenang diri yang dibuang segalanya
umpama kain buruk untuk pengalas kaki
tika sayang dibelai kaseh
bila benci di buang layu


HATIKU TETAP BERSAMA MU

Di tepi rindu ini
ku selak ombak mengintai kasihmu
ku bongkar pantai mencari hatimu
ku tebar awan menyapa bicaramu
ku terbang di langit biru mencarimu

Biarpun aku sendirian mengeja sunyi
namun kau tetap terdakap dihatiku
biarpun sendirian mengukir kata kata
namun kau tetap ilhamku
biarlah gelora sepi merajuk dihujung bait
namun engkau tetap hadir
dalam selimut rasa

Mengapa rindu ini didera sinar mentari
menadah resah di genggam yang kita kepal
aku tercari cari di titisan airmata yang berliku
kenapa begini memusat hati
adakah kasih yang terpatri sayang yang mengetat jiwa
menghuni di hati penuh bererti


DI JENDELA INI

Di jendela ini
ku lihat engkau berlari
menyapa bayu pagi
di bawah sinaran mentari

Di jendela ini
ku lihat kau tersenyum
tika pelangi menghulur kasih
lalu membawa engkau pergi

Di jendela ini
ku lihat kau tiada lagi
tika senja mengigit hati
kau tinggal aku sendirian  sepi



MERAWAT RAWAN

Dimanakah dikau belahan jiwaku
aku tercari carimu
disebalik redup awan
mengapa menyepi diri dihujung langit
sedangkan hatimu menjerit menyeru namaku
libaskan lah dukamu bersama deruan ombak
kerana daku sentiasa ada
untuk merawat rawanmu


PANTUN
               ( digarap dan diolah dari ilham rasa pemantun2 klasik )

Daun sirih urat bertemu
daun kecubung buahan berduri
pantun kasih erat tatamu
pantun penghubung warisan seni

            Sirih bertepak berbayang songket
            daun berhelai diselit pinang
            berkasih tidak sayang sedikit
            pantunku rungkai buat penenang

Hangat pengat selera menambat
segar buah di pasar tambun
ingat mengingati antara sahabat
agar ukhwah sesegar embun

          Lama menanti ditepi bendang
          mencari seekor kelicap lencun
          terimakasih sudi bertandang
          mari berhibur merangkap pantun

berpinar pinar dikala kalut
di dalam guni diam berbalut
terdengar dengar nama disahut
rupanya disini hati terpaut

           Asalnya guni darilah sabut
           membina jambatan melintasi laut
           penghargaan ini ikhlas ku sambut
          semoga persahabatan kekal bertaut

Mandi berkemban ditepi telaga
kain batik buatan jawa
dengar radio penglibur lara
dalam segmen satu jiwa satu rasa

        Buah betik buah papaya
        buat jeruk sedap rasanya
        dah lama tak dengar suaranya
        kalau merajuk janganlah lama

Berendam berdua dalam buih
itu cuma waktu dalam bercinta
sungguh malang menumpang kasih
dipermainkan orang setiap masa

       Buah pauh dibuat halua
       asam pauh si asam kana
       hilang jauh entah kemana
       hati yang rindu sering bertanya

Membeli pukat di simpang ampat
singgah sebentar di Anjung Batu
tangan diangkat jari dirapat
doa dipanjat memohon restu

      Berendam berdua dalam buih
      gembira bersama masa bercinta
      memang begitu adat berkasih
      tiba masa berpisah jua

Naik kuda tunggang kuda
naik unta berderap derap
dimana dikau buah hati dinda
buah hati dinda tak boleh diharap

         Kalau putih biarlah putih
         usah diracun tinta kelabu
         kalau kasih katakan kasih
         mari bertemu melerai rindu

Kuda bukan sebarang kuda
kuda datang dari kayangan
muda bukan sebarang muda
muda bersantun lagi berwawasan

         Sawah padi luas terbentang
         tinggi jua terbangnya merpati
         menuai padi pagi ke petang
         buat besarkan anak dan isteri

Yang pergi dahulunya datang
yang hilang silihkan berganti
mengadap ilahi tinggallah seorang
kirimkan al fatihah pada yang pergi

        Anak puyuh mencelah celah
        berlari laju tidak terkejar
        melangkah jauh menjunjung shahadah
       dukung budaya agama usah tercalar

Anak asli makan haruan
dimasak tidak cuma dicelur
hiasi dirimu dengan senyuman
salam sayang dari adinda melur

      Gegar Smdary satu jiwa satu rasa
      serasi bersama dengan gurau mesra
      berkawan biar ikhlas dan tak perlu dipaksa
      semestinya ceria kita semua rasa gembira

Pinggan dilurut hendak dibeli,
Merenung mata berkaca-kaca;
Jangan diturut kehendak hati,
Menanggung siksa jiwa melara.
Jurai rerambu selendang bonda,
Labuh ke kaki melatam halaman;
Bagaikan lampu terang menyala,
Menyuluh hati dalam kegelapan.
Kering lenggundi dilurut abang,
Upih dibuang ke hutan rambai;
Sekeping hati meraut sayang,
Kasih ditatang jangan terlerai.
Kelapa bali dipilih peladang,
Rambai mati di perlak puteri;
Ke mana pergi disisih orang,
Seandai keji mengoyak budi.
Membelah betik setelah layu,
Kendi di anjung direbut orang;
Begitulah cantik tingkah laku,
Budi dijunjung disebut orang.
Tepi sempadan meracik tekukur,
Lantas ke paya mengetuk tuba;
Nubari tertawan dijentik takbur,
Terlepas bicara dirasuk haloba.
Sabut dibuang di tepi perigi,
Kupadam bara di tepi dapur;
Takut sayang menjadi benci,
Kugenggam setia di hati luhur.
Cermai tersepit berkumpul kera,
Herba kembiri permainan puyuh;
Pelbagai penyakit menyusul tiba,
Andainya di hati keimanan rapuh.
Pokok kantan tidak berduri,
Bunga cantik merah mencelah:
Rajuk perasaan sebak di hati,
Hiba dirawit melimpah gundah.
Tebang pisang di celah pinang,
Sebiji nam nam letak di anjung;
Siang diulang salah yang sama,
Hati yang hitam tidak diuntung.
Di teluk batik airnya tenang,
Waktu petang duduk di jeti;
Rajuk adik hiba mendatang,
Kalbu sedang diranduk sepi.
Berlari sintar ke bukit mercu,
Halia rendah belukar di perigi;
Nubari bergetar digamit rindu,
Nostalgia indah segar memori.
Sedondon pakaian putih berseri,
Bercapal kadi gembira pasangan;
Dipohon keampunan kepada Ilahi,
Segumpal hati warna kehidupan.
Lipat-lipatlah pucuk pegaga,
Makan nasi habislah kerabu;
Cepat-cepatlah pujuk si dia,
Makan hati terguris di kalbu.
Berseri melati di dalam raga,
Puteri jelita ke ladang rata;
Hati sendiri membekam rasa,
Demi si dia kujulang sayang.






DALAM KERINDUAN


SEPI SEKEPING HATI

Dingin malam seakan mengigit hati
nan sepi tersisih di pinggir derita
tanpa berteman
tanpa kemanisan
sendirian...
ditemani dian malam
yang kian kelam cahayanya

Sepi sekeping hati ini
ingin sekali ku khabar padamu
yang hadir tiap detik
hanya kelukaan

Mungkinkan ada pengertian
antara kita
kau pernah terluka dan aku jua
sama merasa pedihnya

Aku menangis kerana dia
tapi kehadiranmu
membawa khabar gembira
yang dulu hilang
niatmu yang suci itu
tidak ingin aku pinggirkan

Namun...
menganyam angan denganmu
umpama mimpi dalam mimpi

Thursday 29 January 2015



JERITAN HATI KU

DALAM DAMAI MALAM



KESABARAN DAN KETABAHAN

DI SINI AKU KEMBALI LAGI


EMBUN MENITIS DI SUBUH SUNYI


BIAS WAJAH


DALAM BEGINI



DI REMANG SENJA KELABU

SURAM BICARA MU



DIGELORA OMBAK


BILA HATI MASIH BERDARAH


MAAF ANDAI KU MELUKAIMU

GERIMIS MULA MENGHIBA


PERLUKAH AKU


ADAKAH AKU MASIH DIRINDUI





MAAFKAN AKU