Wednesday 25 February 2015



MAAFKAN AKU LAGI

Aku tahu hatimu tersakiti
bicaraku adalah belati dihatimu
namun ku berjanji
tak akan ku ulangi kedua kali

ku susun jari sepuluh
ku ulang kata maaf
biarpun berkali
biarpun hatimu berpaling
namun ku tetap pertahankan
agar maafku disirami kasihmu

Dan tidak sesekali aku biarkan
hatimu merintih sendirian
dan tak kan ku biarkan
harapan ku dicaras hampa
berilah aku peluang
untuk kita bercanda lagi





ADAKAH MASIH ADA LAGI


AKU YANG MASIH DISINI


KU BIARKAN RINDU INI

Ku biarkan rindu ini sendiri
bersama titis hujan yang menangis
biarkan ia membasah
hingga ke esok hari
tak perlu mentari menyuluh
tak perlu saputangan mengusap
biarkan sendu memujuk sepi
sebentar kan terlena
dipangkuan mimpi...

Tuesday 24 February 2015



KASIH SAYANG RINDU CINTA
Kasih,
Kau hadir tanpa ku duga 
Kau pergi tanpa ku pinta
Sayang,
Kau selitkan rasa ini dihatiku
Tapi kau menghilang sekelip mata
Kerana kau ingin datang dihari lusa
Rindu,
Kau bagaikan sahabat hatiku ini
Kau cari diriku
Tanpa memikirkan imanku
Cinta,
Kau robek jantungku
Sehingga aku sukar bernafas
Dalam kehidupan yang penuh duri dan ranjau
Kerana kaulah ku jadi begini
Kerana kaulah aku disakiti
Kerana kaulah aku dibenci
Namun,
Aku tidak bisa melawan
Aku tidak bisa menungkah segala fitrah
Sesungguhnya aku jua ada DIA

Monday 23 February 2015




ADAKAH ANGIN SEKADAR RASA

Antara kita
setelah terlontar nokhtah
adakah akan terkubur segala
sunyi diruntuhan waktu
dan sepi angin tiada lagi membisik

Lalu antara kita
tiada lagi bertemu
sehingga jasad bersemadi selamanya
atau adakah dipenghujung nyawa
kita diketemu lagi
menyapa sepi rindu
di pinggir senja bisu

sesungguhnya antara kita
makin pudar warnanya
layu direranting usang
kusam tiada memaknai
hanya hati berbicara airmata
bila pentas kenangan mengusik jiwa
dan yang pasti
antara kita
tiada tara waktu
membadai dalam gelora lautan




SINGKIRKAN CINTA INI

Sanggupkah aku menyimpan kasih
dari secangkir rindu
yang sudah menjadi tawar
tanpa manisnya

Singkirkan cinta ini
jika bukan milik dia
ketika kesetiaan
hanya tinggal dalam kepuraan










KOLEKSI TITIPAN RASA SISA SISA SEMALAM


TITIPAN RASA DARI SISA SISA SEMALAM



ILHAM RASA DARI TITIPAN SISA SISA SEMALAM

Thursday 19 February 2015



AKU YANG TERASING JAUH

Bila engkau hulur tangan mu
aku tadah penuh sayu
tiada sanggup melihat
matamu penuh pilu

Bila engkau melangkah pergi
aku ditinggal dalam sendu
terkulai layu gugur di angin lalu
terkapai kapai di halaman rindu

Malam ku suram
siang ku kelabu
ku kehilangan dalam kegelisahan
terasa pedih rindunya hati
dan hanya air mata membakar
bersama gerhana
aku terasing jauh
dari sisimu

Tuesday 17 February 2015




PUNAHNYA SEORANG PENYAIR

Aku pencolek syair
berlari mengejar dedaun mimpi
tinggi memuncak gunung
terbang bersama camar camar
di angin yang menderu
bergoncang mentari di langit biru

Lalu ku layar inspirasi
dihujung rumput
ku tadah rindu
bersama bunganya mewangi kasih
dalam sepi teras nadi

Namun segalanya
teras terpadah di dahan nadi
hancur di mimpi puisi puisi kosong
remuk terobek jauh terlontar

tiada erti apa apa
terbiar dari kejauhan
bersama ilham yang terkontang
di sini tiada tempat dan bukan tempat
untuk penyair ini
jilid jilid puisinya punah ranah

Saturday 14 February 2015



CINTA KITA

Antara kita ada rasa
tersembunyi di balik mimpi
meskipun engkau tersenyum
namun runtung hatimu
tetap tersurat penuh siksa

Cinta kita penuh kegelapan
tetap mencakar alur alur hati
diam membisu terserah waktu
ada kala menangis dibirai angin
membisik resah yang tiada sudah
hanya kita yang mengerti
cinta kita



SALAM MALAM

Dalam gerimis malam
ku larik salam di angin lalu
biarpun tiada bicara indah
ini hanya syair kerdil menyelit rasa
mengamit waktu yang kosong

Malam ini sekadar bersua
kata kata
menghulur sekuntum senyum lalu
kau selit mawar ke rambut ku
tanda tiada renyut suara bernadi
yang menadah dibibir
antara kita




SELAMAT PAGI MENTARI KU

Dalam dingin bayu pagi
ku pejam rindu ini
di penghujung kabus putih
menanti senyum mentari
lalu rinduku menghampiri
jendela kamarmu
bersama sekuntum mawar merah
sebuah puisi
buat mentariku yang indah

SELAMAT PAGI CINTAKU




SEMALAM YANG HILANG

Semalam kita masih di sini
menyanyi rindu bersama angin
berlari mengejar kasih di buih buih ombak
membait syair syahdu di pepasir pantai
Lalu
awan pun tersenyum malu
mentari tersipu sipu
dan hari ini
rindu angin menjadi layu
kasih ombak memercik sayu
bersama pepasir pantai
menjadi debu
Lalu
awan pun menjadi kelabu
mentari pun kelat membisu
langit hilang menitis ungu
dan aku tetap disini
bersama kasih dan rindu

Thursday 12 February 2015




DIA YANG KAU PILIH


BILA HATI SUDAH RINDU

Mengapa dirindu pada orang yang jauh
tanya hati...apakah rasa
bila diri sepi ditinggal menjauh

Adakah nampak di pandang
bila air hilang tenangnya
atau bertanya pada dada
adakah dia juga merindu

Di bulan purnama indah menyapa bintang
awan pun tersenyum angin membisik rasa
adakah hilang rasa sunyi
bila rindu menjelma

Pesanlah pada rindu
sepi masih ada
biarpun bulan bersembunyi
disebalik rayuan sang pungguk

Mengapakah masih terkenang
mengenang bayu menghampiri
sedangkan dia masih ada
menyanyi dibirai angin malam

Daku......
terindu dikala purnama menjelma




GELANG GELANG CINTA

Gelang gelang cinta
tetap aku simpan
pengubat rinduku
sentiasa mengingati dirimu
walaupun kau jauh dariku
aku tetap merindui dirimu
moga ada jua rindu
dihatimu




BIAR KU PUJUK SENDIRI DIRI

Ku pujuk hati ku pujuk jiwa
Jangan menangis sayang
Usah merintih lagi
Lepaskan lah genggaman ini

Ku pujuk rasa ku pujuk bicara
senyumlah sayang
biarlah pahit mencairkan luka
tabahlah tadahlah

Ku pujuk kaki ku pujuk langkah
Pergilah sayang
biarlah tiada upaya
usah berdiri merayu
kerana disini bukan tempat kita lagi

Ku pujuk sepi
ku pujuk rindu
bersatulah sayang
biarpun tiada bayu menderu
terus tetap bernadi
meskipun dalam lagu



Tuesday 10 February 2015



PUISI LAGU KU

Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan
Ia adalah lagu yang muncul
daripada luka yang berdarah
atau dari mulut yang tersenyum





BAHASA JIWA

Pena menari bukanlah sebarang tarian,
Ayunan jemari membicarakan bahasa hati,
Dalam alunan symphoni bermelodi,
Ungkapan tabir bahasa jiwa

Thursday 5 February 2015



DILUAR JENDELA


KERANA DIA SEORANG WANITA


DI KELAT MALAM

Di kelat malam
ada suara mencari erti
tertanya tanya pada liang hati
mengapa begini

Di kerongkong malam
tergaris sendu dalam bicara
terbelah suara dada dalam renyutan
menanti episod yang kian senja

Di penghujung malam
katup resah berkelopak panjang
tanpa lagi gigitan ditelinga
hilang kata terbuang bicara
semua menyepi
tanpa peraduan yang indah




MENEKA DALAM KESAMARAN

Saat yang terindah buat ku
hanyalah bila bersamamu
jika kau menyepi
pastiku rindu

Namun apalah dayaku
segalanya hanyalah mainan
belahan jiwaku
terkadang ianya membeku
umpama titisan embun pagi
bila terbitnya mentari
segalanya hilang

Tinggallah daku yang masih
meneka dalam kesamaran

DALAM PINGGIRAN


AKU YANG KE SINI


CINTA TAK SEINDAH KATA

Cinta terlalu mudah
datang dan pergi
tetapi kenangan semasa bercinta
begitu sukar hendak dilupakan
tapi luka dan sakit apabila kehilangan cinta
lagi sukar jua untuk dilupakan dan diubati
senyumlah selebar dan semanis mana pun
ia tetap tidak akan sembuh
ketawalah sekuat mana pun
pasti akan menangis jua
kerana kehilangan cinta
tidak seindah semasa kita
jatuh cinta


SELAMAT MALAM

Wednesday 4 February 2015



BILA HADIRNYA DIA

Semakin menjauh
aku renungi diri ini
semakin dekat
aku rasa kasihnya dihati
dialah mentari
akulah sinarnya
dialah lautan yang terbina
akulah airnya yang menjadi maya

Kalaulah ada selain darimu
biarku hancur dan mejadi debu

bila hadirnya dia
cinta yang satu menjelma ria
tiada ku pedulikan
seteru sesiapa
menghukum aku
dengan kata kata dusta
neraca dunialah hukumnya

bila hadir dia
cinta yang satu
jangan ditanya
siapa dia
tanya dia siapa kita
dan pulang ke mana akhirnya




TIADA TARA ANTARA KITA

Antara kita
adalah mimpi dalam mimpi
biarpun ada noktah
tapi tiada penghujung

selagi ada kerinduan memeluk
selagi ada hati mengukir pesona kata
selagi ada nama terlayar bicara
selagi antara kita menongkah nafas
selagi segalanya membahtera dunia

hati kita tetap satu dalam satu suara
yang berkalimah kasih
dalam zikir kasih
engkau dan aku tiada tara yang membeku
tiada sempadan yang kaku
segalanya tetap ada
biarpun kau membuang aku terbuang





KERANA CINTA

Aku mencintaimu seperti diriku
tanpa haru yang menderu
tanpa hati yang mematri
tanpa rasa yang bersemi

Aku mencintaimu semampu diriku
tanpa kehadiranmu
tanpa pujian
tanpa bersentuhan
tanpa pelukan

Aku mencintaimu sebanyak langkahku
tanpa utaian kata cinta
tanpa hasrat yang mengebu
tanpa keberadaan yang berpadu

Hanya bayangan hatiku dan hatimu yang menyatu
kerana cinta bukan dosa
tetapi cinta adalah kejujuran jiwa
hingga sampai nanti
indah pada waktunya

LUKA HATI KITA


SELAMAT PAGI

Tuesday 3 February 2015



RINDU INI

Rindu
mengapa rindu hatiku
tiada tertahan
sedangkan engkau entah dimana

Rindu
mengapa rindu lagi
engkau tetap tiada menjelma
tinggal daku keseorangan
mengalirkan airmataku

Rindu
kalau hati sudah merindu
kau akan ku cari
kehujung dunia dihujung langit
di lautan gelora ku renangi
kau tetap aku cari





DOAMU BUAT KU

Apabila aku kesepian
hiburkan aku dengan suaramu
apabila aku sakit
ubati aku dengan rasa kasih sayang mu
apabila aku mati
jangan mandikan aku dengan airmatamu
apabila aku terkubur
kuburkanlah aku dalam hatimu
dan bila aku tersesat
selamatkanlah aku dengan doamu




Monday 2 February 2015



RATAPAN KASEH

Kita pintal rindu di genggam ini
lalu tersimpul senyum di mentari pagi
ombak pun beralun riang mengejar pantai
bayu ketawa membelai badai

Pelangi hadir dengan manja
mengucup bibirmu di jendela
lalu ku semat sekuntum kaseh
dibirai senyumanmu yang kian menawan

Aduhai hatiku
ejakanlah aku secebis kaseh
buat rinduku yang merindu dibirai sana
buaikan lah buatnya senota lirik cinta
yang kian membara dalam lagu sepi
bersama ratapan kekasih hati
yang setia menanti dalam sendu





MENGAPA PURNAMA PUNAH

Mengapa purnama punah
 tika aku tersenyum
mengapa kejora kerdipnya pudar
sewaktu aku ketawa
Siapakah aku
saat rindu merajuk
langit pun membawa rintih
dan apalah aku
tatkala sepi memintal
angin pun berlalu
dalam kabus menyanyi
bersama suramnya nada





RINDU LUSUH DI MENTARI PIJAR

Daifnya perasaan ini
ketika malam terlena di rimba sepi
enggan melepas genggam
biarpun nestapa pilu
mengheret bayang bayang tersisa

Rayuan menjadi naif
bila angin berbisik sia sia
di lembah duka
yang mengakhiri kata kata

Lalu sayunya kalbu
dikala ombak tidak mahu lagi menoleh
ketika embun rindu menitis di bunga rumput

Segala terbenam kaku
dalam pijar mentari
di saat lusuh
dalam kelam airmata



Sunday 1 February 2015



DALAM HENING MALAM

Dalam hening malam
rinduku menjenguk di jendela kamarmu
disini ku bisik kasih yang berpanjangan

Lalu ku kucup pipimu
bersama titisan gerimis
dan ku pelukmu
dengan selimut tulus
bersama derai hati
yang luhur

Buat mu ku belai pelangi
biarpun tiada cahaya
namun serinya tetap ada
mestipun ia tidak seindah mentari pagi

Seharian bersamamu
tidak terasa detik berlalu

AKU INSAN YANG CARIK

Aku insan yang carik
menadah ombak dalam gelap malam
berlari ke pantai
bersama debu debu pasir
terkadang mengejar angin yang mati
ada tikanya mengait
mentari yang tiada mahu terbenam
jua tikanya mengejar senja yang lusuh
masih mengejar usangnya rembulan
tiada insan yang mengerti
jua tiada perlu simpati
kerana aku jua yang carik
mengejar mimpi dalam igauan