Sunday 1 February 2015


AKU INSAN YANG CARIK

Aku insan yang carik
menadah ombak dalam gelap malam
berlari ke pantai
bersama debu debu pasir
terkadang mengejar angin yang mati
ada tikanya mengait
mentari yang tiada mahu terbenam
jua tikanya mengejar senja yang lusuh
masih mengejar usangnya rembulan
tiada insan yang mengerti
jua tiada perlu simpati
kerana aku jua yang carik
mengejar mimpi dalam igauan

No comments:

Post a Comment