Tuesday 27 January 2015

Petua Opah Pagi ini…. 
          ( Sumbangan ehsan Puan Zawidatul Asma)

Kalau nasi yang kita masak terhangit.. jangan buang… membazir…… Basuh cili kering dalam dua tiga tangkai… jangan dipotong….. masukkan terus ke dalam nasi tersebut… biarkan seketika… inshaAllah bau hangit nasi akan hilang (P/S: Jangan takut… nasi tak rasa pedas …. sebab cili itu tidak dipotong….selamat mencuba….take care

Untuk mengelakkan sambal sotong berkuah dan cair….Gorengkan sotong tanpa minyak terlebih dahulu. ….Tos sotong tersebut kemudian tumiskan sambal seperti biasa dan masukkan sotong tadi. ……take care

Untuk menghilangkan hanyir ayam…..selepas dibersihkan….perap ayam itu beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih….dan sudah sedia untuk dimasak….selamat mencuba….take care…

Daun selasih dijadikan ulam bagi menghilang bau mulut……. Dan merawat gastrik. ……Biji selasih banyak digunakan sebagai campuran dalam air sirap…….Teh selasih (secawan air panas + beberapa helai daun selasih, rendam selama 5 minit, tapis dan masukkan madu dan lemon) diambil untuk melegakan loya. ….Selamat mencuba….take care….

Untuk mengelakkan ikan melekat dalam kuali….. ambil beberapa keping asam keping dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan…… Ikan akan lebih mudah diangkat dan tidak hancur….Selamat mencuba….take care….

Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, …..Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah….. darah itu akan berhenti dengan segera….Selamat mencuba….take care….

Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi. InsyaAllah …selamat mencuba….take care…

Antara Khasiat Buah Anggur hitam……..Jika anda mengalami migrain minum jus anggur tanpa tambahan air setiap pagi hari…ini akan membantu penyembuhan migrain……Take care.....

Cara untuk menghilangkan bau dalam kereta….terutamanya bau durian……bubuh beberapa keping roti putih…..insha-Allah baunya akan hilang …..Selamat mencuba …take care…….…

Dengan memakan buah pala ….. baik untuk membantu mengubati penyakit tekanan darah tinggi serta mengeluarkan angin dari dalam perut….. manakala pucuknya dijadikan ulam dan dimakan bersama nasi. Selamat mencuba ….take care…..

Antara khasiat buah nanas
• Buah nanas mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.
• Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.
• Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning.
Kalau baik untuk kesihatan elok kita amalkan …take care…


Untuk memiliki kulit muka yang lembut…..Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu….. Selamat mencuba ….take care…..



Untuk menyimpan daging supaya tetap segar dan tahan lama……. masukkan ke dalam plastik kedap udara dan simpan di dalam freezer……. Selamat mencuba ….take care…..



Untuk mengatasi masalah lemak pada permukaan sup,
ambil ketulan ais dan bungkus dengan kain yang bersih.
Letakkan kain di sekitar lemak dan lemak akan melekat
pada kain tersebut. Selamat mencuba…..Take care….…
 

Petua Opah Pagi ini….
Cara memilih Sayur - Sayuran
• Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
• Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
• Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
• Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
• Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
• Bendi : Pastikan hujungnya lembut
Selamat mencuba…..Take care….…



Tips Memilih ikan yang Segar…….
• Warna kulit terang dan cerah
• Daging ikan bila ditekan terasa keras dan ia akan kembali ke keadaan asal.
• Mata ikan jernih menonjol dan sekelilingnya tidak berwarna merah
• Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan berkilat sisik tidak banyak yang tertanggal.
• Insangnya berwarna merah
Selamat mencuba…..Take care….…


Untuk menjadikan udang yang disimpan dalam peti sejuk tahan lebih lama…..dan bahagian kepala dan kulitnya tidak menjadi hitam….. campurkan udang tersebut dengan perahan air limau nipis dan simpan dalam bekas yang bertutup…Selamat mencuba…..take care…





• Minum 2 gelas air - Selepas bangun tidur.....……Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
• Minum 1 gelas air - 30 minit sebelum makan....…..Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
• Minum 1 gelas air - Sebelum mandi …… Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
• Minum 1 gelas air - Sebelum tidur..……. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..... ……selamat mencuba….take care….


Untuk mengembalikan kesegaran sayur….. rendam sayur-sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit…… Selain dapat mengembalikan kesegaran sayur itu….. cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yang direndam tadi….Selamat mencuba….. Take care….

Antara khasiat buah pisang
Dengan mengamalkan memakan pisang sebelum makan boleh membantu....menurunkan berat badan kerana ini akan membuat perut rasa kenyang di samping buah ini mengandung jumlah kalori yang rendah…Sangat baik untuk kita amalkan.....take care..

Untuk Menyembuhkan luka….tumbuk kulit kayu manis….kemudian dicampurkan dengan madu lebah…..Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam…..Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu. ….Selamat mencuba….. Take care….


Satu cara untuk menghalau lalat ialah ambil setangkai daun kari…..ramas dan rendamkan dalam semangkuk air……dan letakkan di atas meja makan…. Selamat mencuba…..take care…

Jika semasa memasak nasi dan didapati ia mentah….Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi itu……. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.….selamat mencuba….take care…

Untuk mewangikan rambut….Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas. ….selamat mencuba….take care…

Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak…. bancuhlah dengan air suam….. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. InsyaAllah….selamat mencuba….take care…

Untuk memasak air dengan lebih cepat masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air …… kemudian masak air itu…Air anda akan masak dengan lebih cepat…. selamat mencuba….take care
Petua Opah hari ini…..
Untuk memiliki kulit muka yang lembut…..Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu ……Selamat mencuba …take care…


Petua Opah hari ini…..
Tauhu akan melekat jika digoring. ….Lumurkan tauhu itu dengan sedikit garam halus sebelum digoring….. Hasilnya, tauhu tidak melekat apabila digoring….. Insha-Allah……Selamat mencuba …take care…


Petua Opah Hari ini….
Air rebusan batang serai diminum untuk mengurangkan kolesterol….. untuk melawaskan kencing……untuk meransang pengeluaran peluh dan merawat buah pinggang …..selamat mencuba…take care….



No comments:

Post a Comment