PANTUN
( digarap dan diolah dari ilham rasa pemantun2 klasik )
Daun sirih urat bertemu
daun kecubung buahan berduri
pantun kasih erat tatamu
pantun penghubung warisan seni
Sirih bertepak berbayang songket
daun berhelai diselit pinang
berkasih tidak sayang sedikit
pantunku rungkai buat penenang
Hangat pengat selera menambat
segar buah di pasar tambun
ingat mengingati antara sahabat
agar ukhwah sesegar embun
Lama menanti ditepi bendang
mencari seekor kelicap lencun
terimakasih sudi bertandang
mari berhibur merangkap pantun
berpinar pinar dikala kalut
di dalam guni diam berbalut
terdengar dengar nama disahut
rupanya disini hati terpaut
Asalnya guni darilah sabut
membina jambatan melintasi laut
penghargaan ini ikhlas ku sambut
semoga persahabatan kekal bertaut
Mandi berkemban ditepi telaga
kain batik buatan jawa
dengar radio penglibur lara
dalam segmen satu jiwa satu rasa
Buah betik buah papaya
buat jeruk sedap rasanya
dah lama tak dengar suaranya
kalau merajuk janganlah lama
Berendam berdua dalam buih
itu cuma waktu dalam bercinta
sungguh malang menumpang kasih
dipermainkan orang setiap masa
Buah pauh dibuat halua
asam pauh si asam kana
hilang jauh entah kemana
hati yang rindu sering bertanya
Membeli pukat di simpang ampat
singgah sebentar di Anjung Batu
tangan diangkat jari dirapat
doa dipanjat memohon restu
Berendam berdua dalam buih
gembira bersama masa bercinta
memang begitu adat berkasih
tiba masa berpisah jua
Naik kuda tunggang kuda
naik unta berderap derap
dimana dikau buah hati dinda
buah hati dinda tak boleh diharap
Kalau putih biarlah putih
usah diracun tinta kelabu
kalau kasih katakan kasih
mari bertemu melerai rindu
Kuda bukan sebarang kuda
kuda datang dari kayangan
muda bukan sebarang muda
muda bersantun lagi berwawasan
Sawah padi luas terbentang
tinggi jua terbangnya merpati
menuai padi pagi ke petang
buat besarkan anak dan isteri
Yang pergi dahulunya datang
yang hilang silihkan berganti
mengadap ilahi tinggallah seorang
kirimkan al fatihah pada yang pergi
Anak puyuh mencelah celah
berlari laju tidak terkejar
melangkah jauh menjunjung shahadah
dukung budaya agama usah tercalar
Anak asli makan haruan
dimasak tidak cuma dicelur
hiasi dirimu dengan senyuman
salam sayang dari adinda melur
Gegar Smdary satu jiwa satu rasa
serasi bersama dengan gurau mesra
berkawan biar ikhlas dan tak perlu dipaksa
semestinya ceria kita semua rasa gembira
Pinggan dilurut hendak dibeli, |
Merenung mata berkaca-kaca; |
Jangan diturut kehendak hati, |
Menanggung siksa jiwa melara. |
Jurai rerambu selendang bonda, |
Labuh ke kaki melatam halaman; |
Bagaikan lampu terang menyala, |
Menyuluh hati dalam kegelapan. |
Kering lenggundi dilurut abang, |
Upih dibuang ke hutan rambai; |
Sekeping hati meraut sayang, |
Kasih ditatang jangan terlerai. |
Kelapa bali dipilih peladang, |
Rambai mati di perlak puteri; |
Ke mana pergi disisih orang, |
Seandai keji mengoyak budi. |
Membelah betik setelah layu, |
Kendi di anjung direbut orang; |
Begitulah cantik tingkah laku, |
Budi dijunjung disebut orang. |
Tepi sempadan meracik tekukur, |
Lantas ke paya mengetuk tuba; |
Nubari tertawan dijentik takbur, |
Terlepas bicara dirasuk haloba. |
Sabut dibuang di tepi perigi, |
Kupadam bara di tepi dapur; |
Takut sayang menjadi benci, |
Kugenggam setia di hati luhur. |
Cermai tersepit berkumpul kera, |
Herba kembiri permainan puyuh; |
Pelbagai penyakit menyusul tiba, |
Andainya di hati keimanan rapuh. |
Pokok kantan tidak berduri, |
Bunga cantik merah mencelah: |
Rajuk perasaan sebak di hati, |
Hiba dirawit melimpah gundah. |
Tebang pisang di celah pinang, |
Sebiji nam nam letak di anjung; |
Siang diulang salah yang sama, |
Hati yang hitam tidak diuntung. |
Di teluk batik airnya tenang, |
Waktu petang duduk di jeti; |
Rajuk adik hiba mendatang, |
Kalbu sedang diranduk sepi. |
Berlari sintar ke bukit mercu, |
Halia rendah belukar di perigi; |
Nubari bergetar digamit rindu, |
Nostalgia indah segar memori. |
Sedondon pakaian putih berseri, |
Bercapal kadi gembira pasangan; |
Dipohon keampunan kepada Ilahi, |
Segumpal hati warna kehidupan. |
Lipat-lipatlah pucuk pegaga, |
Makan nasi habislah kerabu; |
Cepat-cepatlah pujuk si dia, |
Makan hati terguris di kalbu. |
Berseri melati di dalam raga, |
Puteri jelita ke ladang rata; |
Hati sendiri membekam rasa, |
Demi si dia kujulang sayang. |
No comments:
Post a Comment