Saturday 15 October 2016



Kebenaran itu menyakitkan
menidakkan kebenaran
itu lebih menyerihkan
membuang kenangan itu tanpa rela
menafikan rasa yang tumbuh kerna terpaksa

Kolam mata ini tak pernah kering
darah kelukaan ini enggan berhenti
degupan sudah celaru iramanya
biar tiada nyata pada manusia lain
kerna hanya dia yang mengerti

Diri terus jua melangkah
moga figuranya fatamorgana cuma
yang cuba menguji dalamnya cinta
yang mahu menduga tembok rohani

No comments:

Post a Comment